Tiada yang terlewat, semua masih ada harapan
Found this wonderful article while reading BM. I guess positive thinking still has a place in the world..
Islam mahu umatnya bersikap positif dalam hidup. Oleh kerana itu umat Islam disuruh bersabar dan cekal ketika dilanda ujian.
Lebih daripada itu, mereka juga disuruh bersangka baik terhadap Allah swt dan menganggap ujian yang menimpa mempunyai banyak kebaikan untuk kehidupan mereka.
Dengan sikap positif seperti itu umat Islam mencapai kebaikan di dunia dan akhirat.
Dalam surah Az-Zumar ayat 10 Allah swt berfirman yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah mengganjari mereka yang bersabar dengan ganjaran yang banyak yang tidak dapat dihitung."
Kita juga menyedari bahawa dunia adalah tempat ujian dan tribulasi dan syurga ialah tempat kesenagan yang abadi.
Justeru umat Islam bersedia untuk bersabar dengan segala ujian di dunia.
Pada masa yang sama, mereka akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang diidamkan.
Dalam surah al-Baqarah ayat 155 Allah swt berfirman yang maksudnya:
"Sesungguhnya Kami oasti mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang bersabar."
Walau bagaimanapun ujian yang menimpa, ia tidak akan berterusan selama-lamanya. Ia hanyalah merupakan satu proses pendidikan dan pembangunan diri yang diperlukan sebelum kejayaan dan kemenangan dicapai.
Inilah yang dijanjikan Allah swt dalam surah As-Syarh ayat 5 hingga 6 yang bermaksud:
"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan."
Hal ini diperkukuhkan lagi melalui sabda Rasulullah yang diriwayatkan Imam Tarmizi, yang bermaksud:
"Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesabaran, kelapangan bersama-sama dengan kesusahan dan sesungguhnya kepayahan berserta dengan kesenangan. Tambahan daripada itu adalah ujian menggugurkan dosa."
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Bekhari dan Muslim, Baginda bersabda (maksudnya):
"Tidak ada satu pun musibah yang menimpa seseorang Muslim, sama ada kepenatan, sakit yang kronik, kerisauan, kesedihan, sebarang kesakitan dan kemurungan, sehingga duri yang terkena badannya, melainkan ia akan menjadi kifarat baginya daripada dosa-dosa."
Hal itu bukanlah suatu yang pelik jika umat Islam berterima kasih serta bersyukur kepada Allah apabila sesuatu ujian menimpa mereka.
Berhubung dengan ini, Omar Al-Khattab pernah berkata: "Jika aku mendapat ujian duniawi aku bersyukur kerana terdapat padanya empat nikmat. Pertama, ujian itu tidak berkaitan dengan agama. Kedua, ia tidak begitu besar berbanding ujian agama. Ketiga, aku akan mendapat keredaannya dengan ujian itu dan keempat aku mengharapkan pahala daripadanya."
Inilah fikiran positif yang hebat lagi mengagumkan.
Ketika Islam disebarkan ke Kota Taif, sambutan mereka terhadap seruan Nabi amat dingin.
Hamba-hamba serta kanak-kanak dari kalangan Bani Thaqif melontari Baginda dengan batu sehingga berdarah kepala serta kaki Rasulullah.
Lalu Nabi bermunajat kepada Allah. Menikut Imam Muslim, ketika itu datang malaikat penjaga gunung meminta izin kepada Beginda untuk menimpakan gunung Taif ke atas mereka.
Hasrat malaikat gunung itu dilarang oleh Rasulullah.
Sebaliknya Baginda berkata: "Aku mengharapkan Allah dapat bangkitkan dari kalangan mereka satu generasi yang akan menyembah Allah dan tidak menyekutukan apa-apa pun dengannya."
Inilah sikap positif yang tidak ada tolok bandingannya.
Baginda mendapat kesempatan untuk membalas dendam ke atas Bani Thaqif, namun baginda bersabar dan tidak berputus asa.
Lebih daripada itu baginda berkeyakinan bahawa masa depan mereka cerah.
Tidak mustahil pada suatu hari nanti generasi muda dari kalangan mereka akan memeluk agama Islam.
Pernahkah anda menemui fikiran positif yang lebih hebat daripada itu?
Malah, dalam Islam kita perlu husnulzhon.
Menurut sains pula, fikiran positif akan meningkatkan kesihatan seseorang.
Satu kajian yang dilakukan olek Brigham and Women's Hospital dan Harvard Medical School mendapati bahawa mereka yang optimis mempunyai kehidupan yang lebih sihat lagi ceria.
Para saintis merumuskan hal ini didebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menjadi semakin baik dirangsang oleh fikiran yang positif.
Namun majoriti pakar psikologi mengeluarkan teori bahawa sikap positif ini hanya mampu disemai bermula dari kecil, malah agak sukar dididik pada usia pertengahan apatah lagi menjelang senja.
Benar, pepatah Melayu juga ada yang menyatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Namun, menurut Islam tanggapan ini silap.
Saiyidina Umar dulunya merupakan seorang yang terkenal dengan kezaliman dan kekejamannya, namun masih boleh berubah semasa kehadiran Islam.
Dalam agama kita tiada istilah terlewat, semuanya masih ada harapan.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home